Datuk Ras Adiba Radzi akan menumpukan usaha pencarian rakan baiknya dan bekas pembaca berita TV3, Zalina Shaharah Azman, yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu, di kawasan sekitar Bangsar.<br /><br />Pengerusi Bernama itu berkata, ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua...<br /><br />...dan sebagai sahabat, usaha pencarian akan dilakukannya tanpa mengira berapa lama tempoh yang perlu diambil.